Wednesday, June 24, 2009

SEPINTAS LALU LATAR BELAKANG PSS

Pusat Sumber Sekolah SMK Puteri Seremban berasal daripada PSS SM Convent yang dulunya terletak di Jalan Dato' Bandar Tunggal, Seremban. Disebabkan pembangunan yang begitu pesat di Seremban, kawasan sekolah tersebut tidak lagi sesuai digunakan sebagai pusat pembelajaran.
Pada 14 Disember 1994, semua pelajar dan kakitangan sekolah mula menduduki sekolah baru yang terletak di Jalan Labu Lama, Seremban dan dikenali sebagai SMK Puteri. Tanggal 4 Mei 2000, SMK Puteri, Seremban telah dirasmikan oleh YAB Dato, Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan pada masa itu.
PSS SMK Puteri terlatak di Blok C dan terdiri daripada Perpustakaan, Bilik Tayangan, Bilik BBM, Biik SALC dan ICT.

No comments:

Post a Comment